IBNU DI

BMM 3105 (P&P Bahasa Melayu Berbantukan Komputer)


Tajuk 5 : Membina Dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran Dan Pakej Tutorial Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu


Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Terdapat beberapa langkah dalam pembinaan tapak pembelajaran. Tapak pembelajaran ini boleh dibina dengan mengikuti beberapa langkah untuk membina tapak pembelajaran.



Prosedur Pembinaan Laman Web Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Tapak pembelajaran Sebelum membina laman web tapak pembelajaran memerlukan perancangan. Pembinaan laman web perlu dirancang terlebih dahulu.
Antara contoh-contoh jenis laman web:



· Bagi pembinaan laman web tapak pembelajaran P&P bahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan yang sememangnya membantu dalam proses P&P Bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti untuk pembinaan tapak pembelajaran ini.

Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran
Menurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduan yang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialah,


BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Reka bentuk paparan skrin
Haruslah yang menarik, mudah
2
Grafik
Susun atur paparan skrin:
(i) Seimbang : kedudukan teks
(ii) Kemas : susun letak paparan skrin dalam keadaan kemas, bersih
(iii) Konsisten: teks dan grafik perlu pada setiap paparan.
3
Font atau muka taip
· Standard yang terdapat dalam semua komputer ialah Arial dan Times New Roman.
· Saiz tajuk pula harus sesuai menggunakan fon yang mudah untuk dibaca.
· Fon yang sesuai untuk isi kandungan pula pada saiz 10-12.
· Bagi penggunaan warna fon pula harus berlainan seperti:
- Ketebalan
- Italic
- Bergaris
- Warna dan saiz fon berlainan.
- Huruf berkedip : sesuai untuk tarik perhatian pembaca pada sesuatu tempat.
4
Ikon
Reka bentuk yang sesuai dengan topik
Pilihan warna yang sesuai pada ikon (ambilkira latar belakang)
5
Pautan hyperteks
· Terdiri daripada cebisan teks dan maklumat dalam bentuk grafik atau video.
· Maklumat disambung antara satu sama lain melalui pautan yang hasilnya tidak berbentuk linear iaitu tidak ikut urutan
6
Format gambar
· Bagi memudahkan memuat turun gambar di dalam tapak pembelajaran ialah menggunakan format seperti:
- JPEG (* .jpeg)
- GIF (* .gif)

· Melalui format ini fail yang terhasil lebih kecil saiznya supaya lebih mampat untuk lebih pantas dimuat turun.
· Tidak digalakkan menggunakan(bmp),(.tga), (.tif), (.pch) keran saiznya yang besar.
7
Format fail gambar
Tidak digalakkan menggunakan fail gambar bersaiz lebih dari 100kb.
8
Animasi
· Satu siri gambar yang disusun atau ditayangkan satu per satu dengan begitu cepat sehingga kelihatan sperti satu gerakan.
· Animasi multimedia lebih kompleks
· Hanya digunakan pada paparan yang sesuai
· Penggunaan SWF ( Macromedia Flash ) digalakkan kerana saiz yang lebih kecil.


Tajuk 4 : Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu


Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan seperti berikut:
  • Bahan sastera
  • Bahan tatabahasa
  • Bahan bidang ilmu lain
Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.





Memilih Bahan Sastera
Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:
  • Syair
  • Pantun
  • Seloka
  • Gurindam
  • Puisi
  • Cerita Pendek
Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan ialah seperti:
i. Intelek
ii. Emosi
iii. Imaginasi
iv. Teknik



Pemilihan bahan sastera perlu mengambilkira juga aspek-aspek lain seperti aspek-aspek terhadap penerimaan bahan tersebut kepada murid. Antara aspek-aspek tersebut ialah:

  • Umur - umur murid mempengaruhi keupayaan laras bahasa yang di gunakan sesuai untuk murid dalam menerima bahan sastera untuk dibaca.
  • Tahap - Bahan sastera harus selaras dengan tahap murid. Dalam sesuatu bilik darjah, murid-murid mempunyai tahap yang berbeza.
  • Kecerdasan - Setiap individu berbeza tahap kognitif masing-masing. Hal ini sekaligus membezakan tahap mereka menerima pembelajaran.

Pemilihan bahan tatabahasa
Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.
Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH. Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasa
Jenis-jenis tatabahasa
Jenis-jenis tatabahasa boleh diperolehi melalui laman web http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ Dalam laman web ini mengandungi penerangan mengenai tatabahasa dan jenis-jenisnya. Jenis-jenis tatabahasa
  • Kata nama
  • Kata Hubung
  • Kata kerja
  • Kata sendi nama
  • Kata nama khas

Memilih bahan bidang ilmu lain.

Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan  sejarah. 
Bidang-bidang ini boleh diperolehi dengan melayari pelbagai alamat URL. Namun sebagai 
contoh alamat URL bidang lain adalah seperti:







Blog Saya

Blog ini merupakan blog yang akan memaparkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan subjek BMM 3105 yang meliputi pelbagai kaedah seperti power point, nota ringkas, gambar dan lain-lain